Sudut Panitia Bahasa Malaysia

Panitia Bahasa Malaysia SRAIQ telah menyediakan Sudut Panitia Bahasa Malaysia yang menjadi tempat penyebaran maklumat berkenaan perkembangan Bahasa Malaysia SRAIQ.

Semoga sudut ini bermanfaat untuk semua!.
Read more
SELAMAT MENDUDUKI 
PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2010

' Kejayaan itu hanya untuk orang yang berusaha'

Read more

Tatabahasa UPSR dan PMR.

Beberapa Masalah Penggunaan Kata Dalam Ayat

1. Salah: Ada berbagai barang di kedai itu.
    Betul:  Ada berbagai-bagai barang di kedai itu.
              Ada pelbagai barang di kedai itu.

2. Salah: Ali dihadiahkan sebuah buku harian.
    Betul: Ali dihadiahi sebuah buku harian.


Read more

3 Mindset Orang Ingin Berjaya.

Orang berjaya ada sikap berlainan, perangai berlainan.

Orang berjaya senang dikenalpasti kerana kelainan yang ditonjokan oleh mereka kerana mereka ada 3 sikap yang dibentuk oleh 3 mindset berikut:

1. Sanggup bersusah payah untuk mencapai kejayaan diidamkannya.

Orang berjaya sanggup mendepani kesusahan dan perkara-perkara yang menyusahkan. Mereka tidak pernah merungut atau mengomplen sebab mereka tahu tak ada jalan mudah untuk berjaya. Mereka sanggup bersusah payah kerana mereka sedar, kesusahan tu hanya sementara.

Read more

Selamat Hari Guru


Read more

HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE (14 Februari setiap tahun)

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.
Read more

Membina Hubungan Ibu Bapa Dan Guru Yang Terbaik


Diringkaskan melalui buku tulisan Bruce Hammond

Mengapakah tidak ada buku mengenai bagaimana memperbaiki perhubungan antara guru dan ibu  bapa? Mungkin ia boleh diberi tajuk Guru Berasal Dari Musytari, Ibu Bapa Berasal Dari Jupiter. Iklan mengenainya boleh menunjukkan seorang pakar (berpakaian kot putih) dan pertemuan menyayat hati  di antara seorang ibu atau bapa dengan seorang guru yang merupakan musuh ketat sebelum membaca buku ini. Masukkan juga beberapa orang kanak-kanak comel dan pelukan mesra, dan buku ini pasti laris.

Read more

Hubungan ibu bapa guru dan pelajar tentukan kemajuan

HULU TERENGGANU: Perhubungan baik antara ibu bapa, guru-guru dan pelajar asset terpenting maju atau mundur pencapaian akademik atau akhlak sesebuah sekolah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang Dr. Haji Mamad Puteh. Beliau berkata di Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Dan Perasmian Jawatankuasa Pemandu Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kuala Berang disini baru-baru ini.

Read more

Tips Pelajar Cemerlang.

Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.

Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah 15 tip atau petua untuk menjadi pelajar cemerlang:

  1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
  2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin     sepanjang hayat.

Read more

Merangsang Kuasa Sukses dengan Tahun Baru

Sebenarnya, tiada ada yang ajaibnya dengan kedatangan tahun baru. 1 Januari tidaklah menjadikan seorang pengemis menjadi jutawan, atau seorang penagih dadah menjadi warak, atau seorang bankrup menjadi kaya, atau seorang jahil menjadi alim. Ia adalah permulaan kepada perkiraan 365 hari bumi mengelilingi matahari pada orbitnya. Setiap kali bumi melengkapkan pusingan tersebut, maka berlaku beberapa keadaan seperti musim panas, salji, bunga, gugur, beberapa jenis monsun, dan bermacam lagi.

Read more